Friday, December 25, 2009

Jiwa perlu dididik dan diasuh

Buat tatapan para pencinta Allah, Nabi dan Rasul. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah dalam memperbaiki hati dan jiwa kita terhadap pencipta kita. Allahurabbi. Allah Rabbul Jalil. Tiada Tuhan Melainkan Allah dan nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Sebagai manusia kita sering dilanda ujian dan peperiksaan dalam hidup kita. Sepanjang kehidupan kita di dunia Allah akan selalu menguji kita dengan pelbagai nikmat kesenangan mahupun kesusahan. Semuanya itu hanyalah untuk mengajar kita menjadi insan yang taat, patuh dan bertakwa hanya kepadaNya.

Moga Allah pilih hati dan jiwa kita untuk terima hidayah dari Allah. Allah tidak beri hidayahNya kepada semua manusia. Tapi Allah beri pada kita, maka bersyukurlah kita kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Siapalah kita disisi Allah jika kita mengingkari segala perintahnya dan menjauhi suruhannya hatta membuat segala larangannya. Allah tak pandang kita langsung. Cuba bayangkan sekejap. Kita naik kapal terbang, terbang ke langit dan dari tingkap kapal terbang cuba kita renung dan lihat kebawah, pasti kita akan nampak penduduk di atas tanah bumi Allah sedikit demi sedikit kita tinggalkan dan sedikit demi sedikit pandangan mata kasar kita kabur melihat mereka, semakin tinggi kita terbang, semakin kerdil dan kecil mereka, Kita yang berada dibumi pon boleh lihat makhluk2 Allah yang melata dan hidup atas tanah makin jauh dan hampir tidak jelas.

Makanya, jika kita tidak berbuat kebaikan dan kebajikan, Allah tak akan pandang kita. Kita ini seolah-olah satu titik sahaja. Jika kita yang satu titik itu ingkar pada suruhan Allah, maka amatlah malang hidup kita di akhirat nanti. Kita ibarat satu titik yang hina. Satu titik yang tiada nilai di sisi Allah.

"Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dari saripati berasal dari tanah. kemudian Kami menjadikannya air mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh iaitu rahim. Kemudian, air mani itu kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain. Maha suci Allah, pencipta yang paling baik.kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti mati. Kemudian, sungguh kamu akan dibangkitkan dari kuburmu pada hari kiamat." (Surah Al-Mu'minun Ayat 12-16)

"Dan milik Allahlah apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Dengan demikian Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik iaitu syurga."

"Yaitu mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa."(Surah An-Najm, ayat 31-32)


Dunia hanya persinggahan, perjalanan musafir kita sementara saja, diakhirat nanti kampung yang kekal abadi buat semua makhluk yang Allah jadikan. Oleh itu, kita kena berusaha jadi Soleh. Jadi Hero Ummat.
Jadilah kamu sekuat arus untuk menongkah lautan duniawi yang melalaikan. Janganlah kamu jadi buih-buih di lautan yang hanya mengikut rentak alunan ombak. Dibuai kesana sini. Sepert lalang ditiup angin. Jadilah kita seorang manusia yang mempunyai prinsip tentang perkara kebenaran dan mendapat keredhoan Allah.

"Sesungguhnya, Allah tak pandang rupa atau darjat kamu, tapi Allah pandang hati dan amalan yang kamu lakukan."

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik"( surah Ar-Ra'd , ayat29)

Bersambung....

Wednesday, December 23, 2009

Jujur membawa kebahagiaan

Malam berganti siang, fajar menyinsing...
Azan subuh bergema dari Masjidil Haram. Seruannya menyelinap di seluruh penjuru Makkah menggegar pagi yang sunyi. Mengetuk hati setiap Muslim mengingatkan tentang tanggungjawab kepada Allah.

Di sebuah rumah usang dalam deretan rumah yang berhampiran Masjidil Haram, kelihatan seorang isteri tergesa-gesa memastikan suaminya segera pergi ke masjid. Si suami seorang syeikh berusia kira-kira 86 tahun.

Dalam usia sudah lanjut ditambah pula dengan kemiskinan yang mencengkam hidupnya, tampak sungguh berat tanggungannya. Selain isterinya, rumah buruk itu dihuni bersama empat anak perempuan, ibu mertua dan dua adik perempuan.

Tambah memilukan, mereka hanya memiliki sehelai kain sarung untuk dikongsi bersama pada setiap kali waktu solat. Sebab itulah setiap kali waktu solat subuh, syeikh tua itu akan tergesa-gesa pulang daripada berjemaah di masjid.

Dia memastikan isteri, mertua, adik dan anak-anaknya berkesempatan solat secara bergilir menggunakan kain berkenaan. Meskipun keadaan begitu perit, syeikh sentiasa memastikan mereka taat kepada setiap perintah Allah swt.


Hmm...begitu daif sekali mereka. Bagaimana pula mereka mengalas perut?


Pagi itu seperti juga pagi sebelumnya, isteri syeikh terus merintih, "kasihanilah anak-anak dan ibu tua yang lapar. Usahakan rezeki yang lebih. Sudah beberapa hari kita tidak makan. Apakah hari ini kita tidak akan makan juga?

Walaupun langkahnya terasa longlai, digagahi juga oleh syeikh itu. Harapan ibu mertua yang uzur, hajat anak-anak dan adik perempuan serta doa sang isteri memberi semangat kepada syeikh untuk menunaikan tanggungjawabnya pada hari itu.

Pagi berganjak ke tengahari dan terus melewati waktu Zohor, belum ada jua rezeki lebih untuk hari itu. Tatkala kaki melangkah berat sambil menyepak batu di jalanan, tersangkut pula pada sesuatu benda yang panjang!

Tersentak hatinya! Disangkanya ular, rupa-rupanya tali pinggang yang mungkin tercicir. Di belek-belek...sekali lagi terkejut! Ada wang emas di dalam tali pinggang itu. Berdebar-debar hatinya...apakah mahu disimpan? Dibelanjakan isinya? Dicari siapa tuannya? atau diletakkan saja kembali ke tempat asalnya tadi?

Dalam kecamuk perasaan begitu, hati nuraninya berbisik, 'mengapa begitu jauh layangan fikiranmu? Harta ini bukan milikmu. Mesti diperlakukan seperti Allah tentukan. Umumkan pada orang ramai, kepunyaan siapa wang itu. Jika tidak ditemui sehingga setahun, barulah harta itu halal untuk yang menemui.'

Jangan pula diletakkan kembali di tempat ia ditemui. Jika nanti hilang, orang yang menemui pula yang dipertanggungjawabkan. Tidak disedari, syeikh sudah sampai ke rumahnya. Si isteri yang setia, sudah menunggu di depan pintu.

Si isteri hairan melihat suami membawa tali pinggang di tangan. Sebaik sahaja terpandang isi tali pinggang itu, raut wajahnya bersinar. Dipujuknya syeikh mengambil satu dinar sahaja wang dalam tali pinggang itu. Katanya, cukuplah untuk membeli keperluan harian.

Syeikh merenung wajah isterinya. Pujukan wanita seringkali membuat iman lelaki bisa tergugat. Terasa seperti pecah kepalanya mendengar pujukan isteri, "Ambil saja rezek yang Allah beri itu. Selamatkan anak-anakmu daripada maut. Kenyangkanlah mereka. Berikan pakaian yang patut bagi semua tanggunganmu. Kemudian, lebihannya dipulangkan kepada pemiliknya."

Digagahkan juga hatinya lantas menyedarkan isterinya, "Kau isteri yang baik...sepatutnya mendorongku memilih jalan kebaikan. Apakah kesabaran kita menanggung susah selama 50 tahun sanggup dicairkan hanya beberapa saat ini?"

Syeikh tua itu segera ke Masjidil Haram untuk mengumumkan dan mencari pemilik wang itu. Di Masjidil Haram telah kelihatan seorang Khurasan mengumumkan dia kehilangan tali pinggangnya.

Kepada sesiapa yang menemui, harap mengembalikan kepadanya. dan didoakan semoga Allah akan memberi ganjaran pahala dan anugerah yang setimpal. Pengumuman itu didengar syeikh.

Sambil berfikir-fikir, syeikh tampil ke hadapan orang Khurasan itu dan mengajkan hajatnya pula, "Bolehkah diganjari dengan 10% daripada jumlah barang yang ditemui?"

Terkejut orang Khurasan itu dengan permintaan syeikh. "Oh! Terlalu tinggi hajat itu. Memadailah hanya Allah yang membalasnya."

Dengan rasa hampa syeikh berundur diri dan terus pulang ke rumah. Gelagat syeikh rupanya turut diperhatikan oleh seorang pemuda yang juga berhajatkan sedikit ganjaran.

Di rumah, isteri syeikh memujuk lagi...si isteri mencadangkan minta saja satu peratus daripada jumlah harta tadi. Ataupun usah dikembalikan dahulu barang itu. Ambil saja satu dinar kemudian baru serahkan kepada pemiliknya. Bagi syeikh, walaupun keadaan mereka hari itu lebih teruk dari semalam, tetap dia tidak mahu mengingkari hak orang lain.

Esoknya, syeikh pergi lagi ke masjid dengan hajat dan harapan pemilik tali pinggang itu setuju dengan permintaannya. Walau hanya diminta ganjaran satu perats, tetap orang Khurasan itu tidak bersetuju.

Syeikh tiada pilihan lain, lebihbaik dipulangkan saja hak orang. Terserah kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syeikh lantas menyatakan barang itu ada di rumahnya. Segera orang Khurasan mengarahkan syeikh ke rumahnya. Pemuda yang memerhati syeikh semalam juga turut mengikuti mereka.

Sebaik tiba di rumah, syeikh terus menyerahkan tali pinggang itu. Dengan hati-hati orang Khurasan itu mengamati barang kepunyaannya. Jumlah wang emas seribu dinar tidak luak sedikit pun.

Tali pinggang itu diserahkannya kepada syeikh dengan semua wang emas itu. Dia terus meninggalkan mereka semua yang masih tercengang. Syeikh sama sekali tdak menduga orang Khurasan itu akan menyerahkan semua wang itu kepadanya. Rupanya itu yang dmaksudkan dengan 'cukup Allah yang memberi ganjaran'.Alhamdulillah..

Syeikh meminta seisi penghuni rumahnya termasuk anak muda yang mengikutinya itu, duduk berkumpul. Syeikh lantas menerangkan, "Rasulullah telah mengajarkan, jika kita mendapat harta yang tidak disangka-sangka, kita wajib menerima dengan senang hati. Tapi, wajib membahagikan kepada sesiapapun yang menyaksikan rezeki itu. Wahai anak muda, kau berhak menerima bahagian rezeki ini. Kau telah mengikutiku sejak awal lagi."

Dengan teliti, syeikh membahagikan wang itu secara sama rata, setiap orang menerima 100 dinar. Anak muda itu terlalu gembira menerima rezeki berkenaan. Dapatlah dia meneruskan cita-cita untuk melanjutkan pengajian.

Selepas peristiwa itu, keluarga syeikh tidak lagi dihimpit kemiskinan tetapi telah Alah anugerahkan dengan kelapangan hidup. ternyata, ketabahan, kejujuran dan ketaatan syeikh serta keluarganya membawa barakah dalam kehidupan mereka.

Kebahagiaan tidak bergantung kepada kekayaan dan usia panjang, tetapi bahagia dirasai jika masa sepanjang hayat diisi dengan amal kebajikan. Sucikan hati dan renungilah maksud potongan ayat al-qur'an yang berikut;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.." (surah al-baqarah;286)

 sumber:http://khair-alnas.blogspot.com/

Monday, December 21, 2009

buat diriku


usaha-usaha teruskan perjuangan..jangan menyerah..


Assalamualaikum...alhamdulillah baru ada sedikit kesempatan untuk menulis di kala ini. Lepas nie kelas effectuve communication batal. So, decide nak jumpe Puan Wani untuk present the asssignment. Tapi sekarang nie still kat MPD. huhu....~~terimalah sedikit coretan dari diriku

Life kat U bila da masuk sem baru bertambah sibuk. Sem nie walaupun ambil subjek lebih sedikit berbanding sem lepas tapi rasa macam tanggungjawab lebih banyak. Sem nie rasanya lebih menjurus kepada course.  Agak mencabar jugak.

ok..just wanna to drop by my advice to my self and to all readers.

1) Try to Be The Best among the best.

2) improve your skills in everything you do

3)beware of negative things around you.

4) belajar, belajar dan terus belajar..tugas kamu belajar.

5) bahagikan masa dengan sebaik-baiknya.

6) jangan menangguhkan kerja sehingga akhir sem.

7)close dengan lecturer..especially yang mengajar kita.

8) discuss sesuatu yang tidak di fahami dengan guru/ rakan anda. jangan simpan je.

9) rajin-rajin la buat perkara yang baik. Jadi contoh kepada orang lain.

10) disiplinkan diri...biarlah disiplin diri seiring peningkatan umur kita.

ect..ect..ect

---->yang lain2 semua boleh tambah lagi untuk diri sendiri..
Apepun yang paling penting dalam hidup kita...jangan bergantung harap kepada perkara atau benda selain daripada Allah. Everything we do is Lillahitaala.. Kena rasa Allah ada, teringat ada sebuah buku Dr. Aidh Al-Qarni, tajuknya Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu. Perkara basic yang kita kena jaga dan tak boleh tinggalkan, baca al-quran everyday, solah, dan kena tingkatkan diri dengan belajar puasa sunat. kalau di usia muda kita tak usaha dan cuba untuk puasa sunat, mungkin bila kita sudah tua nanti kita akan rasa liat.
---> Seterusnya, kepada semua sahabat/kawan2 yang disayangi sekalian jom kita mengamalkan zikir harian dan juga banyakkan membaca "surah al-ikhlas" sebagai pendinding daripada terkena santau/sihir.
Boleh juga amalkan membaca surah al-hasyr pada waktu malam dan surah al- jin pada waktu siang ( setiap hari) sebagai pendinding diri kita. Untuk remaja macam kita elok amalkan selawat dan juga berzikir subhannallah 33 x, alhamdulillah 33 x, alllahuakbar 33x, setiap masa/setiap kali lepas solat.

-->lagi satu jaga sahsiah. As muslim kita tak boleh buat ibadah je banyak tapi sahsiah teruk. Apa kes? Tak bagus la kan macam tu...Kita kena seimbang...belajar hormati orang lain, saling kasih mengasihi, suka menolong orang yang kesusahan, jangan berkelakuan sombong dan juga jangan menjatuhkan air muka orang lain. Semua larangan Allah jangan kita lakukan. Biarlah kita lakukan apa yang Allah suruh. Senang je Allah nak bagi pahala. Jom..kita berubah..Ayuh kita jadi insan yang lebih baik.


Hari ini mesti lebih baik dari Semalam...
Semuanya diniatkan kerana Allah.:)
Kena berusaha bersungguh-sungguh( Katakan Ana Mujtahidun/Mujtahidatun)

ok...that's all for now..sorry for everything my friends...May Allah Assist Us in Everything that we do...=)

p/s: berusaha....baca buku "kuasa minda bawah sedar" pray for me..=)
p/s2: n sape2 yang nak drop by comment/nasihat untk saya..silakan...

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaikum


Assalamualaikum ya akhi ya ukhti
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia

Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Bila langkah sempit di dunia
Rezeki dicari alangkah susah
Mungkin kita sudahlah lupa
Sedekah lapangkan harta

Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-jangan berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia

Dalam hidup tiada sempurna
Kadang khilaf kadang terlupa
Jangan-janganlah putus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa

Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-janganlah berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Album : Ya Rahman (2007)
Munsyid : Opick
sumber:liriknasyid.com 
 
p/s1: dah lama tak update blog nie...kesibukan sudah mula mencemar duli. jadi mohon maaf pada semua. andai ada salah dan silap. x berkesempatan nak buat post.
p/s2: baru semalam dengar lagu nie kat radio ikim..heheh:)
p/s3: marilah kita sama-sama saling mengingatkan sesama kita. Moga Allah pelihara kita semua.
Sempena awal muharram ini, semoga amalan kita bertambah cemerlang dan baik dari sehari ke sehari. Jom muhasabah balik. Koreksi diri...